Loading the player...


INFO:
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 2024. 12 Disember 2024, Dewan Utama MDKPI. Seluruh warga Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua MDKPI, atas sumbangan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau. Kami mendoakan kejayaan berterusan di tempat baharu, dan semoga kenangan indah bersama MDKPI kekal tersemat di hati. Majlis ini turut diadakan bagi menzahirkan kesyukuran dan meraikan kejayaan MDKPI sepanjang tahun 2024. Antara pencapaian membanggakan: ✅ Pengiktirafan 5 Bintang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS ✅ Pengiktirafan 5 Bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2024 ✅ Anugerah Bandar Mampan 2024 ✅ Pengiktirafan Sijil Audit Bersih oleh Ketua Audit Negara Hilmi Abdullah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan